Monday, 29 September 2014

KESIMPULAN

       Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

        Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu. 

       Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.

      Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates