Pada tahun 1948, pakar antropologi, J.S. Furnival berpandangan bahawa masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum. Selain itu, masyarakat majmuk juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Maksud etnik di sini, dapat dilihat sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama dari aspek adat resam, bahasa, pakaian dan kegiatan ekonomi. Kumpulan etnik merujuk kepada pelbagai kaum yang wujud di negara Malaysia yang terdiri daripada Melayu , Cina, India, Sikh, Siam, Melanau, Iban, Dayak, dusun, Kadazan dan sebagainya.
Mengikut fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan orang asli, iaitu penduduk asal bagi negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera. Akibat perkembangan ketamadunan manusia, dunia Melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing. Hasilnya, terbentuk lah masyarakat majmuk serta berbilang kaum.
Objektif kajian :-
- Untuk mengetahui komposisi dan taburan penduduk di Malaysia sebelum merdeka dan selepas merdeka.
- Dapat membincangkan isu keganasan yang berlaku di dalam masyarakat.
- Dapat mengenal pasti implikasi terhadap kemajuan negara dari aspek politik, sosial dan ekonomi
Sinopsis
Apa yang ingin kami sampaikan ialah, pada mulanya penemuan bijih timah oleh Loong Jaafar (1848) majoriti penduduk di tanah Melayu adalah orang Melayu . Hanya beberapa bilangan kecil kaum Cina yang bekerja sebagai pedagang dan kaum India yang bekerja sebagai buruh. Pada pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan secara besar besaran akibat ekoran dasar kolonial British yang bertujuan dalam sektor ekonomi dan penguasaan ke atas struktur politik dan ekonomi. Kesannya, pembentukan masyarakat yang berbilang kaum serta telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu . Sehingga kini, bilangan penduduk di negara ini semakin bertambah. Jumlah penduduk semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Pengajaran
Pengajarannya ialah, dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlulah saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain. Kesannya, kedatangan kaum Cina, India dan kaum-kaum lain ke tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya.
No comments:
Post a Comment